MyKuali | Profile Syarikat
1440
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-1440,ajax_fade,page_not_loaded,,qode_grid_1300,side_area_uncovered_from_content,footer_responsive_adv,columns-3,qode-child-theme-ver-1.0.0,qode-theme-ver-15.0,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.7,vc_responsive
 

Profile Syarikat

Profile Syarikat

MyKuali mengetengahkan penggunaan bahan-bahan tradisi semulajadi dan rempah ratus yang dicampur dan diadun sempurna untuk memperolehi rasa yang mengujakan deria rasa. Kami mempunyai pelbagai pilihan pes masakan segera asli Asian/Penang dengan kualiti yang terbaik. Setiap pes MyKuali menggunakan bahan-bahan asli dan campuran rempah ratus yang berbeza bagi menonjolkankan keistimewaan rasa untuk setiap masakan. Produk pes masakan segera MyKuali juga amat mudah untuk digunakan.

Diinspirasikan oleh makanan jalanan terkenal Pulau Pinang, Sky Thomas Food Industries Sdn. Bhd. mula memperkenalkan MyKuali Mee Kari Putih Penang (Penang White Curry Instant Noodle) pada Mei 2013. Berterima kasih kepada pengiklanan dari mulut ke mulut yang menjadi tular, permintaan terhadap MyKuali Mee Kari Putih Penang yang berkualiti tinggi dengan rasa yang istimewa ini telah meningkat kepada sepuluh kali ganda dalam masa kurang dari enam bulan.

Baca Lebih

Bermula daripada percubaan untuk memudahkan dan meringkaskan penyediaan masakan di rumah, kini ianya telah berkembang menjadi sebuah misi untuk menyebarkan keistimewaan dan keenakkan rasa tradisi makanan Malaysia. Walau bagaimanapun, Sky Thomas Food Industries sentiasa mengekalkan nilai teras iaitu keaslian dan kualiti. Bahan-bahan yang digunakan di dalam pes dan mi MyKuali adalah kombinasi bahan-bahan tradisi dan semulajadi.

Komitmen kami adalah untuk konsisten menghasilkan produk yang mempunyai rasa yang memuaskan, istimewa, berkualiti dan asli yang menjadi elemen penting kepada produk-produk MyKuali sebagaimana yang dikenali ramai. Elemen-elemen ini tidak akan berubah walaupun operasi dan kaedah pengeluaran sentiasa berkembang.

Permulaan kami sendiri sebagai pengilang pes masakan, Mee Kari Putih Penang kami iaitu mee segera yang menggunakan pes cili asli telah memenangi anugerah. Penghasilan mee segera dengan pes ini telah menempa kejayaan yang besar dalam industri mee segera yang kebanyakkannya menggunakan bahan perasa. Di samping itu, semua produk MyKuali adalah disahkan Halal oleh pihak JAKIM.

Kesungguhan dan komitmen kami telah berjaya meraih beberapa penghargaan dan anugerah tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah anugerah berprestij Rising Star Award (Grand Prize) daripada Star Bussiness Awards (SOBA), The World’s Best Brands Award oleh Brand Laureate dan Product Of The Year 2014/15 oleh Consumer’s Innovation Award. Salah satu daripada pencapaian signifikan kami ialah Mee Kari Putih Penang

telah muncul sebagai mee segera nombor satu dunia mengetepikan lebih 1365 produk mi segera dari serata dunia (Dinilai oleh Penilai berpengaruh www.TheRamenRater.com).

Slogan

Semua Orang Boleh Memasak

Falsafah

Menghasilkan produk makanan yang mengekalkan keaslian rasa dan berkualiti premium yang digemari dan dihargai oleh para pelanggan.

Visi Kami

Menjadi pengeluar pilihan untuk produk premium makanan tradisi dan asli Malaysia kepada pencinta makanan di seluruh dunia.

Misi Kami

Terus menghasilkan produk berkualiti premium, sihat dan enak yang menonjolkan keunikan dan keistimewaan masakan Malaysia.

Muat Turun Buku Masakan Percuma Anda

Mulakan memasak dengan memuat turun cadangan hidangan atau buku masakan percuma kami hari ini!