MyKuali | Kata-Kata Oleh Ketua Pegawai Eksekutif
1430
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-1430,ajax_fade,page_not_loaded,,qode_grid_1300,side_area_uncovered_from_content,footer_responsive_adv,columns-3,qode-child-theme-ver-1.0.0,qode-theme-ver-15.0,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.7,vc_responsive
 

Kata-Kata Oleh Ketua Pegawai Eksekutif

Sky Thomas Food Industries Sdn Bhd telah diasaskan pada tahun 2011 dengan objektif untuk mengeluarkan pes masakan segera dengan kepelbagaian resipi masakan yang dapat memudahkan proses memasak. Produk pertama kami iaitu Pes Ikan Kukus Assam Hainan Segera telah dilancarkan dibawah jenama MyKuali dan menjadi kegemaran seisi keluarga dalam masa yang singkat selepas ianya dilancarkan.

Didorong oleh kejayaan tersebut, syarikat terus berinovasi dan kemudiannya melancarkan produk yang pertama seumpamanya di pasaran iaitu Mee Kari Putih Penang (Penang White Curry Instant Noodle) iaitu Mee Kari ala masakan gerai jalanan asli Pulau Pinang. Seterusnya diikuti dengan produk Mee Udang Hokkien Penang (Penang Hokkien Prawn Noodle), Mee Tom Yum Goong Merah Penang (Penang Red Tom Yum Goong Noodle) dan MeeKuali Goreng Pedas (Spicy Fried Noodle). Produk-produk ini telah menggegarkan pasaran dan seterusnya meletakkan MyKuali sebagai peneraju pasaran untuk produk mee segera dengan pes.

Produk-produk kami telah dinilai oleh Penilai Produk Mee Segera Persendirian yang terkenal iaitu The Ramen Rater yang telah menilai dan meletakkan produk kami di dalam senarai 10 produk terbaik dunia selama beberapa tahun. Mee Kari Putih Penang dan Mee Tom Yum Goong Merah Penang telah menduduki kedudukan pertama dan kedua sebagai produk mee segera terbaik dunia pada tahun 2017.

Kesungguhan, kerja keras dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan kami telah membolehkan syarikat untuk merangkul beberapa anugerah di dalam mahupun di luar negara seperti anugerah berprestij Rising Star Award 2014 (Grand Prize), The World’s Best Brands Award, Product of the Year 2014/15 oleh Consumer’s Innovation Award dan The Global Top Brands Award 2018.

Diterajui oleh Chef yang berpengalaman dan berbakat, syarikat terus membangunkan dan menghasilkan pes masakan segera sama ada masakan tempatan mahupun antarabangsa di samping terus mengekalkan kualiti dan keaslian dengan menggunakan bahan semulajadi dan kaedah pengeluaran terkini. Kini, kami turut menghasilkan sendiri produk mee dan ramen dengan menggunakan mesin pengeluaran dan teknologi terkini.

Pelbagai pilihan resipi pes segera MyKuali membolehkan suri rumah, para pekerja dan sesiapa sahaja untuk menikmati masakan di rumah yang enak dan mudah dalam masa yang singkat.

Oleh itu, mengapa makan di luar apabila “semua orang boleh memasak” sajian yang enak di rumah dengan mudah.

Muat Turun Buku Masakan Percuma Anda

Mulakan memasak dengan memuat turun cadangan hidangan atau buku masakan percuma kami hari ini!