MyKuali | Authentic Penang Flavour with Premium Paste
1448
home,page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-1448,ajax_fade,page_not_loaded,,qode-title-hidden,qode_grid_1300,side_area_uncovered_from_content,footer_responsive_adv,columns-3,qode-child-theme-ver-1.0.0,qode-theme-ver-15.0,qode-theme-bridge,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.7,vc_responsive

Profile Syarikat

Sky Thomas Food Industries Sdn Bhd telah diasaskan pada tahun 2011 dengan objektif untuk mengeluarkan pes masakan segera dengan kepelbagaian resipi masakan yang dapat memudahkan proses memasak. Produk pertama kami iaitu Pes Ikan Kukus Assam Hainan Segera telah dilancarkan dibawah jenama MyKuali dan menjadi kegemaran seisi keluarga dalam masa yang singkat selepas ianya dilancarkan.

MyKuali mengetengahkan penggunaan bahan-bahan tradisi semulajadi dan rempah ratus yang dicampur dan diadun sempurna untuk memperolehi rasa yang mengujakan deria rasa.

Diinspirasikan oleh makanan jalanan terkenal Pulau Pinang, Sky Thomas Food Industries Sdn. Bhd. mula memperkenalkan MyKuali Mee Kari Putih Penang (Penang White Curry Instant Noodle) pada Mei 2013.

Visi Kami

Menjadi pengeluar pilihan untuk produk premium makanan tradisi dan asli Malaysia kepada pencinta makanan di seluruh dunia.

Misi Kami

Terus menghasilkan produk berkualiti premium, sihat dan enak yang menonjolkan keunikan dan keistimewaan masakan Malaysia.

Falsafah

Menghasilkan produk makanan yang mengekalkan keaslian rasa dan berkualiti premium yang digemari dan dihargai oleh para pelanggan.

Penganugerahan dan Pengiktirafan

Peristiwa

Muat Turun Buku Masakan Percuma Anda

Mulakan memasak dengan memuat turun cadangan hidangan atau buku masakan percuma kami hari ini!